Skip to the page

Laundry Operator - Glenmarie

Rentokil InitialWorkableShah Alam, Selangor, Malaysia
Posted 2 OctFound 19 OctSeen 5 hours ago

Check your resume for this job's 8 skills, free. Then have AI tailor it.

Fit

The keywords the posting names, against what your resume says.

Add your resume to see which of its keywords you already have, and get a resume tailored to this posting. 10 a month, free.

The Posting

Kami sedang mencari Operator Dobi (Laundry Operator) yang bermotivasi dan dinamik untuk menyertai pasukan kami. Tanggungjawab anda adalah untuk memberi perkhidmatan berkaitan dengan bahagian ‘laundry’ seperti proses pembersihan alas kaki dan penjagaannya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan memberi anda gaji pokok yang menarik, peluang kerjaya, dan sebagainya. Anda juga akan diberi latihan produksepenuhnya dengan bantuan dan sokongan secara langsung dari Pengurus, Penyelia dan Pasukan di bahagian ‘Laundry’.

Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:

  • Mengendalikan mesin pencucian dan pengeringan serta menggulung karpet
  • Memastikan kerja yang dilakukan mematuhi etika kerja iaitu dasar kualiti, kesihatan dan keselamatan.
  • Bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif untuk sentiasa belajar tugas baru yang diberikan
  • Memastikan semua mesin berkeadaan baik
  • Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda.
  • Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.

Requirements

Calon yang ideal memiliki:

  • Kelayakan pelajaran tahap SPM atau setaraf
  • Kewarganegaraan Malaysia, LELAKI, berumur antara 18 dan 35 tahun
  • Mempunyai lesen kenderaan yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri untuk dating bekerja
  • Perlu berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kemampuan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan
  • Mampu mengendalikan forklift adalah satu kelebihan
  • Bersedia untuk bekerja lebih masa
  • Boleh bekerja berdiri
  • Berkebolehan menulis, membaca dan mengira

Sangat Diingini Jika Anda:

  • Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan
  • Memiliki kebolehan sebagai ‘Team Leader’
  • Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat
  • Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi

Benefits

Ganjaran dan Faedah:

  • Gaji pokok yang menarik (bergantung kepada prestasi anda)
  • Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital
  • Faedah rawatan pesakit luar
  • Faedah rawatan mata dan gigi
  • Caruman KWSP (13% daripada syer majikan. 16% apabila bekerja lebih dari 2 tahun) & SOCSO
  • Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja

Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG

Peluang Sama Rata

Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dalam menyediakan peluang yang sama rata dan mengelak sebarang diskriminasi. Kami juga menekankan kepelbagaian tempat kerja dimana kami tegas tentang mewujudkan persekitaran inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, memegang kekuatan mereka, dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja mencapai potensi penuh mereka.

Lokasi:

Rentokil Initial PJ, No. 3, Jalan U1/25A, Seksyen U1, Hicom Glenmarie, Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

Facts

Source
Workable
External id
16063AEC52
Location
Shah Alam, Malaysia
Remote
Not stated
Employment
Full time
Posted
2 Oct 2026
First seen
19 Oct 2026, 18:30
Last seen
2 Nov 2026, 13:07
Status
Not yet added
Posting id
eca0ef93-f47e-51c7-8c08-c877185d5e64